• Jalan Masuk Ke Chalet Hj. Mahawa
  • Kedudukan antara chalet 1
  • Kedudukan antara chalet 2
  • Kedudukan antara chalet 3
  • Pemandangan dari chalet
  • Kedudukan antara chalet 3

Warga Emas Layari Laman Sosial 'Facebook' Sambil Terapung Di Pantai Pengkalan Balak, Melaka

Monday, November 8, 2010

 Abu Bakar Mohamad, 66, mengapungkan dirinya sambil melayari laman sosial Facebook di Selat Melaka, Pantai Pengkalan Balak, Melaka, hari ini. Beliau yang lebih dikenali sebagai Dion Bakar mendakwa berupaya mengapungkan badannya sambil membuat pelbagai perkara seperti menelefon, membaca akhbar serta melayari internet.
ALOR GAJAH: Bagi peminat laman sosial 'facebook' ada cara baru untuk melayari ruangan itu iaitu sambil terapung di laut, atau jika tidak mampu bolehlah membaca pengalaman seorang warga emas Dion Bakar. Berusia 66 tahun, Dion atau nama sebenarnya Abu Bakar Mohamad, hari ini mempamerkan keupayaannya mengapungkan diri selama satu jam di laut sambil melayari 'facebook', menggunakan telefon bimbit dan membaca surat khabar.
"Saya pernah mengapungkan diri kira-kira 4 batu nautika dari pantai Pengkalan Balak. Saya juga pernah melakukan perkara sama di Sungai Pahang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pantai Pengkalan Balak, Masjid Tanah dekat sini.
Dion mendakwa beliau memperolehi 'ilmu' mengapungkan diri iti selepas menuntut di sekolah pondok di Demak, Jawa Tengah, ketika berusia 10 tahun dan pernah mengapungkan diri selama tiga hari di perairan berhampiran Pulau Jawa.Bekas juruterbang pelbagai jenis pesawat yang mempunyai pengalaman kira-kira 40 tahun itu berkata beliau mendapat latihan di luar negara serta pernah bertugas di Perancis, Amerika Latin, Thailand, Laos dan Vietnam.

Warga emas itu yang boleh bertutur dalam 10 jenis bahasa juga pernah berlakon dalam filem terbitan Hollywood iaitu 'Beyond Rangoon' dan beberapa filem tempatan seperti 'Bisikan Cinta' dan 'Driving School' selain pernah menghiasi muka depan 'Her World Magazine' pada tahun 1977. Mengulas mengenai demonstrasi hari ini, anak kelahiran Melaka itu berkata ianya adalah salah satu usaha beliau untuk mendekati golongan muda dan mendidik mereka agar menjauhi gejala tidak sihat.
"Saya ingin berkongsi pengalaman saya hari ini dan juga pengalaman-pengalaman lain. Saya bersedia memberi motivasi kepada mereka," katanya yang kini bekerja dengan seorang kerabat Diraja Pahang.

0 Comments: