• Jalan Masuk Ke Chalet Hj. Mahawa
  • Kedudukan antara chalet 1
  • Kedudukan antara chalet 2
  • Kedudukan antara chalet 3
  • Pemandangan dari chalet
  • Kedudukan antara chalet 3

Sejarah Masjid Tanah Atau Masjid Tanah Liat

Wednesday, October 3, 2012

Masjid Tanah mendapat nama sempena sebuah masjid yang terletak di tengah-tengah pekan yang dibina daripada tanah di tepian sungai. Lokasinya terletak di dalam Pekan Masjid Tanah. Masjid ini dibina pada tahun 1800an oleh seorang Sheikh yang berasal dari Gujerat. Namun Hj. Sulong bin Sibeng merupakan orang tempatan yang turut bekerja keras dalam pembinaannya. Pada awalnya pembinaan masjid ini berasaskan tanah. 

Oleh hal yang demikian, masjid tersebut dikenali sebagai Masjid Tanah. Masjid ini pernah menjadi tempat sembahyang bagi orang-orang dari Kampung Tengah, Kampung Durian Daun dan beberapa kampung lain sebelum kewujudan masjid-masjid di setiap kampung di kawasan Masjid Tanah. Pada tahun 1951 masjid ini telah diubahsuai. Antara kerja-kerja yang dilakukan ialah memperbaiki tapak dan menggantikan atapnya. Masjid ini hanya dijadikan sebagai tempat persinggahan sahaja setelah masjid baru Masjid Tanah siap dibina. 

Masjid Tanah suatu ketika dahulu adalah sebuah pekan hab-perdagangan yang dibawa daripada Kota Melaka ke daerah-daerah sekitar utara Negeri Melaka dan Alor Gajah dan juga sebaliknya. Masjid Tanah dihuni pelbagai lapisan masyarakat yang penduduk utamanya adalah berbangsa Melayu. Disebabkan lokasinya yang berda didalam daerah Alor Gajah dan berdekatan dengan sempadan Negeri Sembilan, sebilangan besar dari penduduk Masjid Tanah dan kampung-kampung sekelilingnya bertutur dalam loghat Negeri Sembilan atau loghat Minang, atau lebih dikenali oleh orang Masjid Tanah dengan loghat 'Hulu' atau 'Cakap Hulu'. Adat Perpatih juga diamalkan oleh mereka dengan mengunakan sistem 'Suku' atau 'Waris', namun akibat peredaran zaman, adat ini makin lama semakin ditinggalkan. 

Tradisi 'Berkampung' yang merapatkan silaturrahim antara saudara-mara yang muda dan yang tua dan membuat perancangan untuk bekerja secara gotong royong sebelum sesuatu majlis yang besar diadakan seperti perkahwinan, telah mula ditinggalkan. Ini mungkin berlaku setelah golongan muda telah lupa akan pentingnya majlis ini dan semangat gotong royong telah diganti dengan sistem katering. Tanah-tanah pusaka juga dilihat tidak lagi diwariskan secara adat dimana anak-anak perempuan diutamakan.

Terdapat beberapa bangunan kedai yang dibina sekitar tahun 1930-an. Bagi penduduk asal dan anak-anak Masjid Tanah yang asal. Pekan Masjid Tanah dipanggil 'SIMPANG' merujuk kepada pekan asal yang mempunyai 3 simpang (simpang tiga di hadapan Jam Besar Masjid Tanah). Antara kampung di sekitar pekan ini adalah Kg. Lekok, Kg. Paya Rumput, Kg. Jeram, Kg. Pulau, Kg. Ayer Limau, Kg. Durian Daun, Kg. Londang, Kg. Solok Duku, Kg. Seri Tanjung, Kg. Pulau Semut dan lain-lain lagi. 

Terdapat beberapa sekolah rendah dan sekolah menengah yang terletak di pekan ini, antaranya ialah Sek. Men. Kebangsaan Hang Kasturi, Sekolah Kebangsaan Bukit Beringin, Sek. Ren. Sri Laksamana, Sek. Kebangsaan Kluster Ghafar Baba dan Sek. Men. Sultan Alauddin (dahulunya Sek. Men. Masjid Tanah), dan sekolah rendah yang tertua adalah Sekolah Kebangsaan Masjid Tanah atau lebih dikenali oleh orang lama sebagai 'Sekolah Melayu' yang dibina sebelum Perang Dunia Kedua. Sekolah Rendah Datuk Tambichik Karim pula di panggil Sekolah Orang Puteh, berdasarkan nama lamanya Masjid Tanah English School.

Pada masa ini, banyak projek perumahan dibina kerana Masjid Tanah semakin pesat membangun. Ada antara penduduknya yang bekerja di Bandaraya Melaka yang jaraknya hampir 40 km. Disamping institusi-institusi pendidikan yang sudah tentunya menggunakan tenaga kerja yang datang dari segenap pelosok negara Malaysia. Berhampiran Masjid Tanah juga terdapat kem-kem tentera yang mana anggota tentera dan keluarga mereka turut tinggal disekitar Masjid Tanah. Kem-kem tentera yang dimaksudkan adalah Kem Masjid Tanah (dikenali oleh orang kampung sebagai Kem Peluru atau Gudang Peluru), Kem Terendak dan Kem Sungai Udang (Kem Komando).

Manakala dari segi kemudahan kesihatan, terdapat Klinik Kesihatan Masjid Tanah dan juga Hospital ATM Kem Terendak (94 HAT). Masjid Tanah juga adalah sebuah kawasan Parlimen yang diwakili oleh wakil Barisan Nasional sejak dahulu lagi. Di pekan Masjid Tanah aktiviti ekonomi berjalan dengan rancak dibuktikan dengan pembinaan rumah kedai yang baru. Prasarana lengkap telah sedia ada di pekan kecil ini. Terdapat banyak juga institusi pendidikan yang berada dikawasan Masjid Tanah seperti UiTM Melaka di Lendu, Kolej Matrikulasi Melaka di Londang, IKBN di Ramuan China, Kolej Kemahiran Tinggi Mara di Air Molek, Akademi Laut Malaysia (ALAM) di Kuala Linggi, Kolej Komuniti di Paya Rumput dan MRSM Alor Gajah di Ayer Paabas.

Sebelum pilihanraya umum tahun 2004, Masjid Tanah terletak dibawah kawasan Parlimen Alor Gajah. Bermula dari tahun 2004 Parlimen Masjid Tanah telah diwujudkan. Terdapat 5 DUN dibawah Parlimen Masjid Tanah iaitu DUN Tanjung Bidara, DUN Air Limau, Dun Lendu, DUN Taboh Naning dan DUN Kuala Linggi.

Kemudahan lain
  1. Pejabat Pentabditran / Swasta
  2. Pejabat SAMB, Masjid Tanah
  3. Pejabat RISDA Stesen (PRS), Masjid Tanah
  4. Pejabat Pendaftran Negara, Masjid Tanah
  5. Pejabat Tabung Haji, Masjid Tanah
  6. Balai POLIS, Masjid Tanah
  7. Perpustakaan Masjid Tanah
  8. TNB Berhad, Masjid Tanah
  9. Balai BOMBA, Masjid Tanah
  10. Pejabat Perkhidmatan Haiwan, Masjid Tanah
  11. Pejabat JKR, Masjid Tanah
  12. MAYBANK
  13. CIMB
  14. BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)
  15. PUBLIC BANK
  16. BANK RAKYAT
  17. BANK ISLAM
  18. EON BANK
  19. POS Malaysia Bhd

0 Comments: