• Jalan Masuk Ke Chalet Hj. Mahawa
  • Kedudukan antara chalet 1
  • Kedudukan antara chalet 2
  • Kedudukan antara chalet 3
  • Pemandangan dari chalet
  • Kedudukan antara chalet 3

Sejarah Rumah api Tanjung Tuan

Wednesday, October 3, 2012

Rumah api Tanjung Tuan yang terletaknya di Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia dilancarkan pada tahun 1958dan merupakan antara yang tertua di Malaysia.Rumah api ini dibina pada tahun 1819 oleh kerajaan British, khususnya semasa Stamford Raffles. Ia kemudian dibina semula pada tahun 1860 setelah menara yang asal termusnah, akibat perang. 

Dari puncak Tanjung Tuan akan kelihatan pusaran air yang ganas yang menenggelamkan sekurang-kurangnya empat buah kapal perang Belanda dan Portugis pada tahun 1605.Rumah api ini berfungsi membantu kelasi, kapal-kapal dagang dan nelayan untuk singgah ke pelabuhan. Ia dikawal dan diselenggarakan oleh Shahbandar Melaka. Sebuah radar untuk tujuan pengawalan laluan kapal-kapal besar di Selat Melaka baru saja dipasang di stesen rumah api ini pada awal tahun 1990.

Rumah api ini asalnya daripada bangunan kayu sahaja tetapi kini telah diganti dengan bangunan batu dan dilengkapi dengan sistem lampu yang memenuhi piawai antarabangsa. Kos pembinaannya lebih daripada sejuta ringgit. Di tepi rumah api ada lorong denai menuju ke Tok Keramat Lela dan medan tinjau Pulau Intan. Laluan denai daripada batu telah dibina oleh Jabatan Perhilitan Melaka. Disebabkan faktor-faktor keselamatan, rumah api ini tidak dibuka kepada orang ramai.

0 Comments: