• Jalan Masuk Ke Chalet Hj. Mahawa
  • Kedudukan antara chalet 1
  • Kedudukan antara chalet 2
  • Kedudukan antara chalet 3
  • Pemandangan dari chalet
  • Kedudukan antara chalet 3

Kompleks Falak Al-Khawarizmi Mercu Tanda Baru Pengkalan Balak dan Tanjung Bidara

Friday, January 16, 2009

BERSANTAIAN… Pantai Pengkalan Balak merupakan khazanah alam yang terus dipelihara dengan baik. Ribuan orang yang gemarkan aktiviti pantai memilih untuk menghabiskan masa lapang bersama keluarga terutama pada cuti hujung minggu dan cuti persekolahan di pantai berkenaan. Foto: Shaharim

ALOR GAJAH, 29 Jan (Bernama) -- Kompleks Falak Al-Khawarizmi menjadi mercu tanda baru pembangunan untuk rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara dekat sini.Terletak di pinggir pantai Selat Melaka di Kampung Balik Batu, kompleks berharga RM20 juta itu mengandungi Balai Cerap, Planetarium, Pusat Latihan Falak dan Balai Cerap Robotik.Kompleks ini merupakan satu kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan Melaka bagi mengkaji dan meneroka kejadian serta rahsia alam cakerawala.Dalam bidang pelancongan, Tanjung Bidara tidak asing lagi bagi pelancong kerana di sini terdapat pantai peranginan yang indah dan bersih.Pantai Tanjung Bidara, Pantai Padang Kemunting dan Pantai Pengkalan Balak merupakan khazanah alam yang terus dipelihara dengan baik.


KEINDAHAN PANTAI JADI PILIHANRibuan orang yang gemarkan aktiviti pantai memilih untuk menghabiskan masa lapang bersama keluarga terutama pada cuti hujung minggu dan cuti persekolahan di pantai berkenaan.Pantai itu sering menjadi pilihan pelbagai pihak untuk menganjurkan hari keluarga sekaligus menjadikan pantai yang landai dan panjang itu riuh dengan ragam peserta.Latihan air yang diadakan oleh pasukan beruniform termasuk Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat di pantai itu turut menarik perhatian pengunjung.Pembinaan infrastruktur termasuk jalan tar, medan selera dan projek membaik pulih pantai yang dijalankan kerajaan, menarik pelabur membina kemudahan pelancongan di kawasan pantai berkenaan.Penginapan tidak menjadi masalah kerana terdapat banyak resort dan chalet dengan kadar sewa berpatutan yang ditawarkan kepada pengunjung.Pengunjung ke Pantai Padang Kemunting akan berpeluang melihat penyu karah, spesies yang hampir pupus.Pusat Penetasan Penyu Jabatan Perikanan di Padang Kemunting berperanan dalam menyelamat dan melindungi penyu karah ini.JKKK DITUBUH PASTIKAN PEMBANGUNANDUN Tanjung Bidara yang terletak dalam Parlimen Masjid Tanah, mempunyai penduduk seramai 13,002 orang dengan 94.4 peratus Melayu, Cina 4.5 peratus, India 1.3 peratus dan lain-lain 0.2 peratus.DUN ini terdiri daripada 11 buah kampung tradisional dengan kebanyakan penduduk bekerja sebagai petani dan nelayan.Dalam temubual eksklusif dengan Bernama, Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Bidara Datuk Abd Karim Sulaiman berkata 11 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) telah ditubuhkan bagi memastikan kawasan DUN itu dibangunkan.Beliau berkata setakat ini, daripada jumlah penduduk itu, seramai 2,647 orang adalah golongan profesional.Kawasan DUN itu dilengkapi dengan tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej matrikulasi dan pusat Giat Mara, bagi memastikan anak-anak mendapat pendidikan terbaik termasuk dalam bidang kemahiran, katanya.Abd Karim berkata bekalan elektrik dan air telah mencapai 100 peratus manakala kemudahan telekomunikasi sedang giat dibangunkan kerana masih terdapat kawasan yang tidak mempunyai perkhidmatan itu."Setiap kampung disediakan sebuah balai raya kecuali Kampung Seri Jeram yang mempunyai sebuah balai raya dan dewan serbaguna, ini akan memudahkan penduduk berkumpul dan melaksanakan aktiviti yang dirancang demi faedah bersama," katanya.Beliau berkata kemudahan lain ialah klinik desa, pondok polis, perpustakaan awam, surau, masjid dan tokong.Kawasan itu juga disediakan padang awam, padang bola sepak, gelanggang badminton, gelanggang takraw, taman permainan kanak-kanak dan taman rekreasi, katanya.PELUANG PEKERJAANAbd Karim berkata pembinaan kawasan perindustrian di Londang telah menyumbang kepada banyak peluang pekerjaan kepada penduduk.Pihak kerajaan juga menganjurkan bengkel pembangunan ekonomi dan perniagaan dalam usaha menggalak penduduk menceburi bidang keusahawanan dan perniagaan, katanya.Beliau berkata orang kurang upaya dan ibu tunggal turut mendapat pembelaan termasuk bantuan untuk mereka berdikari."Kerajaan memberi peruntukan secukupnya kepada kumpulan ini untuk mereka berdikari dan menjalankan kehidupan seperti yang lain," katanya.Agensi kerajaan yang terlibat sebagai jentera penggerak membantu golongan sasar itu dengan menyediakan kemudahan latihan berasaskan kemahiran, pembinaan sikap, bantuan teknikal dan modal.PUSAT PENGAJIAN ISLAMAbd Karim berkata Tanjung Bidara juga sinonim dengan pusat pengajian Islam yang telah melahirkan ramai tokoh dan cendekiawan Islam seperti Allahyarham Abdul Karim Dalip.Tanjung Bidara juga telah dipilih sebagai Perkampungan Hadhari Negeri Melaka yang pelancarannya dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 1 Dis lepas.Tidak lengkap kunjungan anda ke Tanjung Bidara jika tidak menikmati keenakan laksa resipi penduduk tempatan di Pantai Pengkalan Balak.--





BERNAMA

0 Comments: