Wednesday, January 7, 2009
Ikan Bakar: Pangkalan Balak, MelakaBersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2007, kami pun turut mengambil kesempatan untuk bercuti ’sakan’ tahun ni. Hujung minggu lepas aku, keluarga dan kawan-kawan ke Melaka. Pekena ikan bakar kat sana. Cadangan asal nak ke Serkam ataupun Umbai tapi tak jadik, kedua-dua tempat tu da penah pegi sebelum nih. Jadi kali ni tukar tempat pulak, ke Pangkalan Balak, Melaka. 9 dewasa dan 3 bayi-bayi comel kesana.
Bertolak dari KL sekitar jam 10, berkumpul di R&R Soromban sebelum bertolak terus ke Pangkalan Balak. Sampai di sana teruja betul bila tengok laut hahaha… Aku membayangkan pantai nya pantai lumpur sebab kawasan ni dicanangkan sebagai kawasan nelayan, tetapi tidak. Walaunpun tidak secantik pantai lain, tapi cukup ‘bersih’ untuk mandi-manda. Anginnya pun syok jerr, sejukkk jerr.. Pemandangannya saujana mata memandang, tengah hari terik mmg langsung x terasa, aman damai sungguh, sunyi sepi dari bingit KL. Lepas daftar masuk ‘hotel’, kami pegi cari makan, pun tepi laut jugak, syok betul. Dia punya selera dan rasa lain sikit, mmg x samalah kalau makan kat KL.
Selepas makan, lepak-lepak kat depan ‘hotel’ sambil makan buah mata kucing dan bersembang-sembang kosong. Menikmati angin sepoi2 bahasa dan pemandangan pantai, syok sungguh. Petang aku mandi swimming pool jek, temankan nadiah, maknya taknak turun. Aku tak turun ke laut pun. Layan pemandangan aja. Tangkap gambar sana-sini, member-member lain main bola tampar n lepas tuh dorang mandi laut, teringin jugak nak join tapi aku nyer basahan dah basah, malas pulak nak pakai balik. Mandi laut yang ‘bersih’ itu hehehe…
Tiba malam, bersiaplah kami ke Medan Ikan Bakar. Orang dah cakap, kalau nak pegi, kena pegi pukul 6, tapi sebab ada budak2 bujang dalam kumpulan kami tak puas mandi laut, lambat lah kami bertolak. Sekitar jam lapan sampai, makanan hanya sampai satu jam setengah kendiannya, sempat habis makanan yang kami beli kat pasar malam sebelum tuh hehehe. Tapi bila makanan sampai, nak marah pun x jadi, kalau marah makan pun x best kan. Sebab lauk dia, fuhhh memang kaw. Sedap siuttt, ikan senangin, terubuk, pari, sotong, kerang, sayur, ketam, nasi lemak. perghh,, sumer sedap tahap gaban z potong 3 kuasa 9 punca kuasa 2. sayangnya, gambar2 makanan tu sumer dalam kamera member aku, dia pasang kit lens, aku bawak 70mm, ssh nak amik gambar. Kalau x, leh letak kat sini dan korang pun terliur heheheh… Memang puas hati betul, berbaloi menunggu. Sedap hingga mejilat keseploh-seploh jari. Yummyy… Bila time nak bayar pulak, lagi puas hati, sebab murah gilaks, punya banyak makan, kena RM160.00 jekk.. Alahai, mmg direkomenkanlah utk korang pegi ke sini.
Medan ikan bakar ni x macam umbai, umbai ada banyak kedai, pilihlah kedai mana nak masuk tapi x semua kedai masak sedap. kat sini ada satu jer dan dia masak memang sedap, jadinya pasti x salah pilih. Ikan-ikan semuanya segar-segar belaka dan boleh pilih sendiri dan bagi tahu je nak buat masakan apa. Aku x pasti mata ikan tu bundar ke tak, yang pastinya segar. Cuma, kalau xnak order sampai lambat, kenalah pergi awal yerr..
Kenyang makan balik hotel dan kami seronok bercuti di pengkalan balak....
0 Comments:
Post a Comment