• Jalan Masuk Ke Chalet Hj. Mahawa
  • Kedudukan antara chalet 1
  • Kedudukan antara chalet 2
  • Kedudukan antara chalet 3
  • Pemandangan dari chalet
  • Kedudukan antara chalet 3

Semua Aset Dipindah kepada PAAB

Wednesday, January 7, 2009

KUALA LUMPUR, 17 Dis - Negeri Melaka merupakan negeri pertama di Malaysia yang menyahut cadangan Kerajaan Pusat bagi melaksanakan penstrukturan semula perkhidmatan bekalan air negara.Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, Kerajaan Negeri Melaka menyokong penuh inisiatif Kerajaan Pusat untuk mengurus secara optimun komoditi ini bagi memastikan sumber air berterusan demi pembangunan negara serta generasi akan datang."Kerajaan Negeri menyedari akan kebijaksanaan serta rasional dasar ini, untuk itu atas semangat bagi merealisasikannya, Melaka berbesar hati untuk menjadi negeri pertama yang menyahut seruan ini," katanya.Untuk itu jelasnya, Melaka akan memindahkan kesemua aset airnya, termasuk Rangkaian Sistem Bekalan Air (RSBA), tanah, bangunan dan struktur loji penapisan air yang dianggarkan bernilai RM889 juta kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).

"Sebagai gantinya, Melaka akan dilupuskan dari pinjaman aset air sebanyak RM770 juta yang melibatkan hutang Kerajaan Negeri Melaka kepada Kerajaan Pusat yang mana pinjaman tersebut akan dipindahkan kepada PAAB," katanya.Selain itu jelasnya, Kerajaan Melaka akan dibayar sejumlah RM119 juta, sebagai perbezaan di antara nilai aset dan jumlah pinjaman.Mohd Ali berkata demikian semasa berucap pada Majlis Menandatangani Perjanjian (MOU) Penstrukturan Semula Perkhidmatan Bekalan Air Negeri Melaka yang diadakan di Dewan Perdana B, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini petang tadi.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak hadir menyaksikan majlis MOU antara Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri Melaka, Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) dengan PAAB.Mohd Najib kemudiannya menyerahkan 'replika cek' bernilai RM119 juta kepada Mohd Ali.Hadir sama Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor; Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia Datuk Seri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Othman Muhamad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Omar Kaseh; Pengerusi PAAB, Datuk Halipah Esa; Ahli-Ahli Exco Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Naim Abu Bakar dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif SAMB, Ir. Mohd Khalid Nasir.Katanya, walaupun PAAB menjadi pemilik baru aset air tersebut, namun negeri Melaka diberi hak untuk menguruskan perkhidmatan bekalan airnya seperti biasa."Ini adalah selaras dengan inisiatif penstrukturan semula industri perkhidmatan air di mana Kerajaan Negeri akan terus mengendalikan operasi perkhidmatan airnya melalui perjanjian sewaan semula kesemua infrastruktur air yang sedia ada daripada PAAB dengan kadar sewaan tahunan berjumlah RM26 juta," jelas Mohd Ali.Melalui perjanjian ini terangnya, SAMB dijangka memprolehi pendapatan kira-kira RM142 juta setahun, daripada jumlah tersebut, selepas ditolak kos operasi dan bayaran sewaan sebanyak RM26 juta setahun, SAMB dijangka memperolehi keuntungan kasar kira-kira RM11 juta setahun."Apa yang menarik di bawah perjanjian ini, PAAB akan bertanggungjawab ke atas sebarang pembangunan aset air masa depan di Melaka serta membiayai semua projek tersebut, dalam kata lain, negeri ini tidak perlu lagi memperuntukkan Capital Expenditure (CAPEX) bagi membina infrastruktur air baru," jelasnya."Ini sudah tentu dapat membantu meringankan beban kewangan Kerajaan Negeri dan kos projek ini boleh digunakan untuk projek pembangunan lain demi kesejahteraan 800,000 rakyat Melaka," tambahnya.

0 Comments: