• Jalan Masuk Ke Chalet Hj. Mahawa
  • Kedudukan antara chalet 1
  • Kedudukan antara chalet 2
  • Kedudukan antara chalet 3
  • Pemandangan dari chalet
  • Kedudukan antara chalet 3

MBMB Beri Potongan Sehingga 60 Peratus

Wednesday, January 7, 2009

AYER KEROH, 17 Dis - Orang ramai berpuas hati dengan langkah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menawarkan kadar istimewa bayaran kompaun bermula semalam melibatkan potongan sehingga 60 peratus.Seorang peniaga, Ibrahim Arshad, 53 berkata, ianya dapat mengatasi kesulitan yang dihadapi orang ramai yang tidak sengaja melalukan pelbagai kesalahan melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Katanya, ianya bertujuan mendidik orang ramai agar sentiasa mematuhi undang-undang sedia ada dan bersikap berhati-hati pada masa akan datang kerana kecuaian yang dilakukan dapat perhatian sewajarnya oleh pihak terbabit.“Ada di antara kesilapan tidak disengajakan mungkin kerana terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah diluar jangkaan dan potongan seperti ini ianya melegakan hati golongan yang melakukan kesilapan tersebut,” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI).

Seorang lagi peniaga, Ganeson Narayanan, 58 berkata, insentif tersebut perlu diadakan dalam tempoh setahun tiga kali supaya memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan perkhidmatan terbaik melalui pihak itu.“Malangnya, tawaran itu hanya sebulan saja dan berakhir 15 Januari depan dan saya menyarankan kepada PBT jika hendak mengeluarkan kompaun eloklah diberi peluang sehingga tiga kali iaitu mengeluarkan notis amaran supaya ianya tidak membebankan orang ramai,” katanya lagi.Sementara itu, tinjauan yang dilakukan mendapati, kira-kira 100 orang telah berkunjung ke kaunter khidmat pelanggan bagi mendapatkan tawaran kadar istimewa itu.

0 Comments: